Kalu LaH LeLaki PerSIs Ini YaNg DiKau KurNiaKan PadaKU...




Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.

Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Wif My Fwen


No Komen...Yang Pasti Aku Yang Tudung Biru tu

5 Perkara Yang Kita Semua Mahukan

1: Wajah yang cantik – solat subuh  
2: Duit yang banyak – solat zohor  
3: Kesihatan yang baik – solat asar  
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib  
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak    

Senang jer untuk mendapatkanny...hanya 15 minit setiap hari .     Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )   ' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Soalan Sains UPSR...

BoDOh SaNgat MaSA nI...


kowang yg sama umur ngan aku....masa amik UPSR...ingat tak satu soalan sains ni....


Apakah Pengangkutan yang kamu akan naik untuk pergi ke Sabah dan Sarawak?


Tau aku jawab apa?


Dengan yakin nya aku jawab KERETAPI......


Balik rumah aku tnya papa....lepas tu aku gtau la...betul kan papa...jawapan dia keretapi..??


Papa menjawab...


sambil membuat bunyi ketapi....


ceng...ceng...terkecheng....ceng....blurpppp....blurppp....


ceng tu....merujuk pada bunyi ketapi


blurpp...merujuk pada ketapi tenggelam lam air.....


maknanya.....................JAWAPAN AKU SALAH...........!!!!!!!!


jadi dapat lah aku B je lam UPSR untuk Sains...........!!!!!!!!

Pengorbanan MU tiada balasannya

Bingkisan buat Mama n Papa





Bila dah kerja baru aku terfikir,mcm mana lah ma n pa besarkan kami adik beradik..susahnya mereka mencari nafkah untuk kami suma untuk pastikan kehidupan kami sempurna.Ya Allah besar sungguh pengorbanan mereka...aku bahagia punya sepasang suami isteri yg engkau ciptakan mereka untuk membesarkan ku..terima kasih ya Tuhan..ini adalah hadiah paling bernilai buat ku....

Mereka telah mendidik aku untuk menjadi apa yg telah aku jadi sekarang...pernah dulu aku gagal...tp dengan semangat mereka untuk memastikan aku berjaya tak pernah hilang....

Mampu aku beri kan apa yg telah mereka berikan padaku..??

Mampukah aku membahagia kan mereka...???

Sempatkah segala pengorbanan mereka aku balas...???

MA N PA,LOVE U SO MUCH....

MMMUAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH













kenapa Perlu Ada soalan ni..

Masa kat U

Kamu ni bila nak bis belajar?

Masa dah Bis Belajar

Kamu ni bila nak dpt keje?

Bila dah dapat keje

Kamu ni bila plak nak kawin?
(soalan ni kalu tnya kat aku..aku akan jawab tolong cari sat kat aku ea)

Bila dah kawin

Kamu ni bila nak dapat anak?

Bila dah dapat anak

Kamu ni bila nak tambah anak?

Bila dah dpt anak

Kamu ni bila nak dpt menantu?

Bila dah dpt menantu

Kamu ni bila nak dpt cucu?

Huh........bila nak bis soalan neh.........????

ada tak org tanya kamu ni bila nak mati??????

OH TIDAK!!


WANITA



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Teringat Kisah Kanak-Kanak

Hari ni bila dgr Hot fm pasal kena gigit.....tetiba tersenyum sendiri...teringat plak kena gigit ngan penyengat...masa tu tgh men2 kat padang...mula2 member kena...leh plak gelak kat dia sbb dia nangis...

gelak punya gelak.....aku plak tetiba nangis..sbb aku pun kena gigit...apa lg berlari la...sakit!!!!!!!!

kawan2 aku lg gelak.....huishh......malu nya....

Kisah len plak di gigit tungau...kowang tau tak tungau tu apa...itu bahasa kampung..bahasa bandar neh aku xtau la kan..huh..tungau neh kecik je...perghh.....kecik2...bila dia gigit...gila gatai..sampai bengkak2...itu gara2 men lam hutan...tok marah pun still nak men gak...

Lagi satu pacat.......siyes...aku sgt geli.....ngan pak cat ni...uwaaaaaa....pernah sekali ikut ayah g kebun...balik masa dalam kete nampak de pak cat...kat kaki..di sebab kan terlalu geli...aku sampai tak mampu nak ckp...aku diam je...air mata mencurah2...pastu ayah berhenti...

"papa..nak beli air jap..kamu tggu lam kete"

masa tu lah papa tgk aku nangis...ayah tanya kenapa...aku tnjuk ngan mullut je..sbb takut sgt....masa tu pak cat tu dah gemuk gila...darah aku dah byk dia makan....

ayah aku boleh gelak....!!!!!!!!!!!!

siyes cita tu sampai sekarang.........masih segar....masih lg jd bahan ejekan ayah aku......hehehehe